mendamaikan

mendamaikan

Selasa, 17 Februari 2009

info herba ornamental

1.Serai Wangi
Nama Tempatan:
Serai Wangi
Nama Saintifik:
Cymbopogon nardus
Nama Lain:
citronella
Famili:
Poaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Famili: Poaceae/Gramineae
kegunaan:
daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatansistem dalaman badan.membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

2.Serai
Nama Tempatan:
Serai
Nama Saintifik:
Cymbopogon citratus
Nama Lain:
Serai makan, lemon grass, takrai, sereh makan
Famili:
Graminae
Lokasi dijumpai:
Tanaman kebun
Asal:
Sri Lanka
keterangan:
Di Malaysia serai merupakan tanaman yang paling mudah dijumpai di tanam dihalaman rumah kerana pelbagai kegunaannya dalam masakan melayu dan indonesia.Ia merupakan sejenis tanaman dari keluarga rumput yang mempunyai aroma yang kuat dan wangi.Serai tumbuh dalam sat rumpun yang lebat. Ia membiak dengan pecahan rizom dengan kadar pertumbuhan yang cepat.Serai mempunyai batang berwarna putih. sesetengah variasi mempunyai batang yang berwarna putih keunguan atau kemerahan.Daunnya berbentuk tirus dengan panjangnya lebih kurang 50 hingga 100 cm dan lebarnya lebih kurang 2 cm.Walaupun serai boleh mengeluarkan bunga namun di malaysia ia sangat jarang dijumpai mengeluarkan bunga.
kegunaan:
Serai banyak digunakan dalam masakan melayu , indonesia dan thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun.Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol,geraniol,sitronelal,sitronenol,farnesol,farnesal, limonena dan nerol.

3.Mas cotek
Nama Tempatan:
Mas cotek
Nama Saintifik:
Ficus deltoidea
Nama Lain:
secotek mas
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).
kegunaan:
untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari

4. Selasih
Nama Tempatan:
Selasih
Nama Saintifik:
Ocimum Sanctum
Nama Lain:
Kemangi, holy basil, sweet basil, thulasi
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang berasal dari India. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini.Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Kegunaan perubatan:1. merawat demam. Dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit.2. Meredakan muntah-muntah dan loya.3. Mengubat kecacingan.4. Boleh digunakan sebagai antiseptic.5. Digunakan juga sebagai analgesic(ubat tahan sakit).6. Menolong untuk memperkuatkan hati.7. mengurangkan ketegangan(stress) dan tekanan.8. Sebagai ubat batuk.9. sebagai herba pencuci darah.10. Boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap(ringworm) dan boleh di tampal pada luka(setelah dihancurkan) untuk melegakan luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan