pada 11feb09 yang lepas...aku bersama seorang pembantu aku dengan menaiki kenderan jabatan telah pergi ke ibu pejabat Kastam di pulau indah,klang....
tujuan aku ke sana adalah untuk membantu pihak kastam di sana untuk mengenalpasti nama-nama pokok hiasan ornamental yang terdapat disekitar kompleks tersebut bagi membolehkan pihak mereka melaksanakan ASET HIDUP..
aku bersyukur kerana dapat melaksanakan tugasan itu dengan jayanya dan dapat membantu pihak kastam di situ..
kesemua pokok hiasan ornamental yang terdapat dikompleks itu adalah 'mainan' aku dahulu semasa aku bekerja sebagai Pengurus Projek Landskap/Landskap Hortikulturis di salah sebuah syarikat perlandskapan di ibu kota..at least aku dapat guna kan kebolehan aku dan kepakaran aku untuk membantu mereka..secara tak langsung aku membawa imej jabatan pertanian bersama aku...
aku seronok kerana pengalaman aku bekerja bersama pihak swasta selama 7 1/2 tahun sebelum aku berkhidmat dgn jabatan pertanian dapat aku guna kan untuk memajukan jabatan aku melalui seksyen florikultur dan dapat membantu pelanggan-pelanggan jabatan aku yang memerlukan khidmat aku...terima kasih kepada semua yang terlibat...
mendamaikan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan